Profil Korporat

Maklumat korporat organisasi secara menyeluruh

Pengenalan Visi & Misi Sejarah Penubuhan Struktur Korporat & Pemegang Saham Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Pengurusan & Struktur Organisasi Logo ORACO Rakan Strategik Kami

Pengenalan

Pengenalan image 1

Peneraju Transformasi Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang

Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) ditubuhkan pada 3 November 2021 sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang menggalas mandat sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi pembangunan strategik masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Kami berperanan merancang, mengurus, dan memantau inisiatif sosio-ekonomi yang mampan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti secara menyeluruh.


Pengenalan image 2

Tadbir Urus & Kekuatan Organisasi


Kredibiliti ORACO sebagai entiti korporat yang kukuh didorong oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pucuk pimpinan dan pegawai kanan jabatan-jabatan utama Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi tulang belakang ORACO. Struktur tadbir urus yang berwibawa ini memastikan setiap polisi dan hala tuju ORACO selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memartabatkan masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang melalui pengurusan yang telus, profesional, dan berintegriti tinggi.

Peranan Utama 

Mengurus & Membangunkan Tanah Orang Asli
: 
  • Membantu Masyarakat Orang Asli mendapatkan hakmilik tanah dan peningkatan pemilikan harta Orang Asli.
  • Memastikan semua peserta projek TSK(OA), STRK & projek pertanian mendapat faedah yang baik serta mempercepatkan pembangunan Orang Asli, melalui pendekatan korporat.
  • Mewujudkan ekosistem Masyarakat Orang Asli yang lestari.
  • Memutihkan tanah-tanah kerajaan yang diteroka secara haram oleh komuniti Orang Asli atau pihak lain dikawasan yang dicadangkan sebagai pewartaan rizab Orang Asli.
  • Membantu & memudahkan urusandengan agensi-agensi berkaitan (PTG, PDT, MPOB, LGM).

Pembangunan Sosio-ekonomi Masyarakat Orang Asli Melalui Belanjawan Kerajaan Negeri:

  • Pembangunan Sosio-ekonomi Masyarakat Orang Asli Melalui Belanjawan Kerajaan Negeri.
  • Program Baik Pulih Rumah Rakyat (BPR).
  • Program Pemberian Komputer Riba kepada pelajar Orang Asli yang melanjutkan pembelajaran ke IPTA, IPTS, IPG,
    Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi.
  • Program Pemberian Insentif Perkahwinan Kali Pertama Orang Asli.
  • Program E-DOA (Education for Orang Asli).
  • Program Pembangunan Belia Orang Asli.
Dengan sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Pahang, ORACO akan terus memastikan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang dilaksanakan secara berfokus dan berimpak. Menyelaras projek, pemantauan dan jaringan strategik bersama agensi serta rakan pembangunan. Mengoptimumkan potensi tanah, sumber dan kepakaran ke arah kemajuan sosioekonomi yang mampan.
Pengenalan image 3
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) Yang Pertama Dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Diraja Haji WAN Rosdy Bin WAN Ismail

Visi & Misi

Visi Kami

Memperkasakan dan memperkukuh sosioekonomi masyarakat Orang Asli Negeri Pahang melalui pembangunan yang tersusun, mampan dan inklusif.

Misi Kami

Menjadi pusat sehenti yang memacu pembangunan holistik menerusi tadbir urus berkesan, jaringan strategik, pengurusan profesional dan pelaksanaan inisiatif ekonomi bernilai tambah.

Makna dan Simbolisme Logo ORACO
Makna dan Simbolisme Logo ORACO
Biru

Warna biru melambangkan kestabilan, keharmonian dan keyakinan untuk membangun serta memantapkan sosio ekonomi masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.

Hitam

Warna hitam melambangkan pembangunan mampan dan lestari.

Merah

Warna merah melambangkan semangat yang jitu serta kesungguhan kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.

Asas kepada logo ini ialah dimensi grafik bulatan seperti "O" yang membawa maksud ejaan nama ORACO. Melambangkan pembangunan secara bersama di antara pihak masyarakat, swasta dan juga agensi dalam melaksanakan pembangunan tanah-tanah masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.

Sejarah Penubuhan Oraco

Garis masa penubuhan Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO).

15 September 2021

MMK ke-35/2021

  • Kelulusan Penubuhan Oraco
  • Lantikan 7 Orang Ahli Lembaga Pengarah
  • Pegangan Saham: Pahang Corporation 70%, PSK 29% dan 1% saham khas
12 Oktober 2021

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporation Bil. 2/2021

  • Bersetuju meluluskan penambahan 2 Orang Ahli Lembaga Pengarah
  • Bilangan Ahli Lembaga Pengarah daripada 7 Orang Ahli kepada 9 Orang Ahli
13 Oktober 2021

MMK ke-39/2021

  • Kelulusan pindaan pegangan saham Pahang Corporation 70% serta PSK 30% dan 1 unit saham khas
27 Oktober 2021

MMK Ke-41/2021

  • Kelulusan penukaran nama Orang Asli Corporation Sdn Bhd kepada Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd
03 November 2021

Pendaftaran SSM

  • ORACO telah ditubuhkan secara rasmi melalui pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Fasa Operasi Aktif
01 Januari 2022

Beroperasi

  • Beroperasi secara rasmi
  • Kelulusan geran operasi berjumlah RM1 juta daripada Kerajaan Negeri Pahang

Struktur Korporat & Pemegang Saham

Berikut adalah Struktur Korporat & Pemegang Saham
Struktur Korporat 1
Struktur Korporat 2

Ahli Lembaga Pengarah

Barisan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pucuk pimpinan dan pegawai kanan jabatan-jabatan utama Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi tulang belakang ORACO
YAB. DATO' SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

YAB. DATO' SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

𝑺𝑺𝑨𝑷., 𝑺𝑼𝑴𝑾., 𝑫𝑺𝑨𝑷., 𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑺𝑴𝑷., 𝑨𝑴𝑷.
Pengerusi
YB. DATO' SRI SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang

YB. DATO' SRI SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD

𝑺𝑺𝑨𝑷., 𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑨𝑴𝑷., 𝑨𝑴𝑡.
Timbalan Pengerusi
DATO' SRI HAZRI BIN ABU BAKAR
YB. Setiausaha Kerajaan Pahang

DATO' SRI HAZRI BIN ABU BAKAR

𝑺𝑺𝑨𝑷., 𝑺𝑰𝑴𝑷., 𝑫𝑺𝑨𝑷., 𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑺𝑴𝑷.
Pengarah
DATO' MUHAMMAD SAIFUDDIN HASHIM MUSAIMI
YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang

DATO' MUHAMMAD SAIFUDDIN HASHIM MUSAIMI

𝑫𝑺𝑨𝑷
Pengarah
DATO' INDERA HAJI FADZLI HAJI SALLEH
YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang

DATO' INDERA HAJI FADZLI HAJI SALLEH

𝑺𝑰𝑴𝑷., 𝑫𝑺𝑨𝑷., 𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑺𝑴𝑷., 𝑨𝑨𝑷
Pengarah
DATO' HAJAH AIDA MOINA BINTI ABDUL WAHAB
Pengarah Tanah dan Galian Pahang

DATO' HAJAH AIDA MOINA BINTI ABDUL WAHAB

𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑺𝑴𝑷., 𝑨𝑨𝑷
Pengarah
YH. DATO' RAZIHAN BIN ABD RAHUDDIN
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang

YH. DATO' RAZIHAN BIN ABD RAHUDDIN

𝑫𝑰𝑴𝑷., 𝑨𝑨𝑷
Pengarah
ENCIK ADAM ZAIDI BIN MAHIDIN
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang

ENCIK ADAM ZAIDI BIN MAHIDIN


Pengarah

Pengurusan & Struktur Organisasi

Struktur organisasi ORACO menghimpunkan fungsi korporat, pengurusan, teknikal dan operasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan, pembangunan projek serta tadbir urus dilaksanakan secara terancang dan berkesan.

Carta Organisasi
Dato Muhammad Olian Bin Abdullah DIMP., AMP.

Dato Muhammad Olian Bin Abdullah DIMP., AMP.

Ketua Pegawai Eksekutif
Pegawai Khas Kepada Ketua Pegawai Eksekutif |Cik Nur Wahidah binti Azmi
Pengurus Pembangunan Sosio-Ekonomi|Puan L Anizan binti Abdullah
Pengurus Bahagian Pengurusan Tanah & Teknikal|Haji Ghazali Bin Abu Bakar
Pengurus Bahagian Perancangan Strategik & Korporat|Cik Asilah binti Hamzah
Pengurus Bahagian Kewangan|Cik Nurul Hafizza binti Hashim
Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat|Encik Azhan Bin Mohd Yusoff
Pengurus Bahagian Perladangan & Khidmat Pertanian|Encik Azarizan bin Nok Pan
Ketua Unit Pentadbiran & Sumber Manusia|Cik Nurul Afifah bin Amiludin

Rakan Strategik Kami

ORACO bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, badan pelaksana dan rakan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan program pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Orang Asli.

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras hal-hal pendidikan di peringkat negeri Pahang, Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Malaysian Palm Oil Board

Malaysian Palm Oil Board

MPOB memastikan industri minyak sawit Malaysia berkembang secara mampan, berkualiti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP)

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP)

LPHP Pahang bertanggungjawab terhadap pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Pahang, khususnya untuk kepentingan rakyat.

Yayasan Pahang

Yayasan Pahang

Yayasan Pahang ialah badan berkanun kerajaan Negeri Pahang yang fokus kepada pendidikan dan kebajikan anak negeri Pahang.
Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang

SUK berperanan sebagai pusat pentadbiran utama yang memastikan semua jabatan dan agensi negeri berjalan selaras dengan dasar kerajaan negeri.
Jabatan Kemajuan Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia.